Betina |
Jantan |
Blue-winged Leafbird (Chloropsis cochinchinensis) hidup di kawasan hutan skunder daripada timur utara India, seluruh Asia Tenggara sehingga Borneo di Timur dan Java di Selatan
Ada dua subspesis iaitu (C. jerdoni) dan (C. kinabaluensis)
Blue-Winged lebih dikenali sebagai Hijau Kuning di tempat saya. Ini mungkin kerana warna kuning dibahagian kepala sangat jelas sehingga ke seluruhan bahagian leher.Burung ini bukan sahaja cantik tapi mudah dijinakkan.
Pemakanan
Burung baru diberi makan pisang, dan secara perlahan diajar makan dedak murai dengan mencampurkan pisang dan dedak dalam satu mangkuk. Hijau Kuning juga suka makan pelbagai buah seperti epal, oren dan betik. Selain buah, cengkerik juga menjadi kegemaran burung ini. Elok dibuangkan kaki cengkerik sebelum diberi makan untuk mengelakkan burung daripada tercekik. Pemberian cengkerik juga harus dikawal dan tidak diberi terlalu banyak sekali gus. Burung yang lapar akan makan cengkerik sebanyak yang boleh dan ini mendatangkan risiko untuk burung itu tercekik. Elakkan memberi ulat kepada burung. Kandungan lemak yang tinggi dalam ulat menyebabkan burung menjadi panas dan pelbagai komplikasi lain seperti sakit mata, kemurungan dan kematian. Ulat boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih elok jika tidak diamalkan.
Burung yang jinak mudah menerima apa saja makanan yang kita beri di tangan. Pada masa ini saya memperkenalkan roti pada burung. Burung daun sebenarnya lebih suka makan roti daripada cengkerik atau dedak jika diberi pilihan. Kesan sampingannya ialah burung mudah jadi gemuk.
Kelebihan burung Daun ialah pada nyanyiannya. Hijau Kuning bukanlah penyanyi yang terbaik dikalangan burung Daun. Suaranya banyak bunyi chrriip chrriip yang pendek. Lagunya tidak panjang dan saya tidak pasti ia berkebolehan boleh meniru bunyi burung lain.
Untuk galakan burung nyanyi perlulah digantung tinggi (atas aras kepala) ditempat yang teduh, kerap dimandikan dan lawankan dengan cermin. Hijau Kuning saya sudah menyanyi tidak sampai dua minggu saya memeliharanya. Namun tidak semua burung sama, jika anda bernasib baik, mungkin burung anda boleh nyanyi dalam masa sehari. Jika tidak mungin setahun pun ia tidak nyanyi lagi.
Berikut ialah rakaman Hijau Kuning yang saya lawankan dengan cermin tetapi diganggu oleh Hijau Kepala Oren dan bunyi burung lain.