Golden-fronted Leafbird



Burung Daun jenis ini adalah yang paling popular dikalangan pemninat Daun atas beberapa faktor.

Pertama ia merupakan satu-satunya burung Daun yang tidak memerlukan lesen atau permit untuk dipelihara. Semua burung daun di Malaysia tersenarai sebagai haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Namun Hijau Kepala Oren adalah berasal dari Vietnam dan tidak termasuk dalam senaria burung Malaysia. Walaupun ia berasal dari Vietnam, taburan habitat asal burung ini menjangkau Selatan sehingga Siam. adalah tidak mustahil sedikit populasi boleh berhijrah ke Malaysia yang berjiran dengan Siam. Beberapa orang pemikat telah mengesahkan memang terdapat populasi yang stabil di Malaysia.  

Kedua, kebolehan burung ini untuk meniru bunyi burung lain adalah yang kedua terbaik selepas Daun Besar. GFLB saya yang pertama telah pun mempunyai bunyi Helang Laut dan Raja Udang dan dalam tempoh seminggu ia telah meniru bunyi merbah kapur. 

Selain itu ia juga mempunyai nyanyinya yang tersendiri iaitu seakan-akan bunyi murai kampung tetapi dalam suara yang lebih halus.

Jenis Burung Daun

Philippine Leafbird (Chloropsis flavipennis), Yellow-throated Leafbird (Chloropsis palawanensis), Greater Green Leafbird (Chloropsis sonnerati), Lesser Green Leafbird (Chloropsis cyanopogon), Blue-winged Leafbird (Chloropsis cochinchinensis), Jerdon's Leafbird (Chloropsis (cochinchinensis) jerdoni), Bornean Leafbird (Chloropsis (cochinchinensis) kinabaluensis), Golden-fronted Leafbird (Chloropsis aurifrons), Sumatran Leafbird (Chloropsis (aurifrons) media), Orange-bellied Leafbird (Chloropsis hardwickii), Blue-masked Leafbird (Chloropsis venusta)

Blue-winged Leafbird



Betina
Jantan












Blue-winged Leafbird (Chloropsis cochinchinensis) hidup di kawasan hutan skunder daripada timur utara India, seluruh Asia Tenggara sehingga Borneo di Timur dan Java di Selatan

Ada dua subspesis iaitu (C. jerdoni) dan (C. kinabaluensis)

Blue-Winged lebih dikenali sebagai Hijau Kuning di tempat saya. Ini mungkin kerana warna kuning dibahagian kepala sangat jelas sehingga ke seluruhan bahagian leher.Burung ini bukan sahaja cantik tapi mudah dijinakkan.


Pemakanan






Burung baru diberi makan pisang, dan secara perlahan diajar makan dedak murai dengan mencampurkan pisang dan dedak dalam satu mangkuk. Hijau Kuning juga suka makan pelbagai buah seperti epal, oren dan betik. Selain buah, cengkerik juga menjadi kegemaran burung ini. Elok dibuangkan kaki cengkerik sebelum diberi makan untuk mengelakkan burung daripada tercekik. Pemberian cengkerik juga harus dikawal dan tidak diberi terlalu banyak sekali gus. Burung yang lapar akan makan cengkerik sebanyak yang boleh dan ini mendatangkan risiko untuk burung itu tercekik.  Elakkan memberi ulat kepada burung. Kandungan lemak yang tinggi dalam ulat menyebabkan burung menjadi panas dan pelbagai komplikasi lain seperti sakit mata, kemurungan dan kematian. Ulat boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih elok jika tidak diamalkan.

Burung yang jinak mudah menerima apa saja makanan yang kita beri di tangan. Pada masa ini saya memperkenalkan roti pada burung. Burung daun sebenarnya lebih suka makan roti daripada cengkerik atau dedak jika diberi pilihan. Kesan sampingannya ialah burung mudah jadi gemuk.








Kelebihan burung Daun ialah pada nyanyiannya. Hijau Kuning bukanlah penyanyi yang terbaik dikalangan burung Daun. Suaranya banyak bunyi chrriip chrriip yang pendek. Lagunya tidak panjang dan saya tidak pasti ia berkebolehan boleh meniru bunyi burung lain.

Untuk galakan burung nyanyi perlulah digantung tinggi (atas aras kepala) ditempat yang teduh, kerap dimandikan dan lawankan dengan cermin. Hijau Kuning saya sudah menyanyi tidak sampai dua minggu saya memeliharanya. Namun tidak semua burung sama, jika anda bernasib baik, mungkin burung anda boleh nyanyi dalam masa sehari. Jika tidak mungin setahun pun ia tidak nyanyi lagi.

Berikut ialah rakaman Hijau Kuning yang saya lawankan dengan cermin tetapi diganggu oleh Hijau Kepala Oren dan bunyi burung lain.

video